Showing posts with label Rawatan Islam. Show all posts
Showing posts with label Rawatan Islam. Show all posts

Friday, July 22, 2011

Apakah alasan Syarak yang mengatakan Makhluk Halus boleh memudaratkan manusia?



Soalan

Tolong jelaskan dengan alasan syarak dan al-Quran atau as-Sunnah yang menunjukkan bahawa makhluk-makhluk halus seperti yang Dato’ terangkan dalam ruangan Dato’ sebelum ini boleh memberi bekas kepada manusia seperti menyakiti, mengenakan dengan penyakit ganjil atau menjadi penyebab permusuhan yang membawa kepada pembunuhan.

ABDUL HAKIM MOHD ZAIN, Setiawangsa

Jawapan

Asas yang perlu dipegang bahawa kebaikan dan keburukan, kebahagiaan dan kecelakaan pada umumnya datangnya daripada Allah SWT.

Makhluk halus secara khusus berdasarkan kepada al-Quranul Karim nyata bahawa mereka tidak boleh mengenakan kemudaratan, kesusahan dan kepayahan kepada manusia, melainkan dengan izin Allah SWT.

Firman Allah (mafhumnya):
“Dan tidak lah mereka itu (makhluk-makhluk halus) memberi kemudaratan sedikit pun kepadamu, mana-mana orang, melainkan dengan izin Allah SWT. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka”(Surah al-Baqarah, ayat 102)

Akan tetapi dengan izin Allah SWT. dengan sebab daripada perbuatan mereka, maka kemudaratan dan kesakitan boleh berlaku.

Ayat ini juga merujuk kepada ilmu sihir yang disebutkan sebelum ini, bahawa syaitanlah yang kufur, merekalah yang mengajar manusia ilmu sihir, salah satu daripada kebolehan ilmu sihir ini, mendatangkan kemudaratan kepada manusia.

Merujuk kepada Firman Allah (mafhumnya): “Dan ingatlah tentang hamba Kami, Ayub a.s. ketika dia menyeru bermunajat kepada Allah, dengan katanya, “Ya Allah sesungguhnya saya sedang dikenakan oleh syaitan dengan kepenatan yang amat sangat dan keazaban yang tiada tandingnya.” (Surah as-Saad, ayat 41)

Ayat ini merujuk kepada kisah Nabi Ayub yang terkena kemudaratan, sengsara badan angkara perbuatan syaitan. Walaupun ia jelas berlaku, tetapi dengan izin Allah SWT.

Dalam hadis-hadis yang sahih, banyak Nabi Muhammad saw menyimpulkan bahawa, memang syaitan merupakan musuh manusia dan mengenakan manusia dengan berbagai-bagai angkara.

Dalam hadis Sahih Muslim menceritakan kisah seorang pemuda yang menikam seekor ular yang masuk ke dalam rumahnya, ular itu menggelepar lalu mati, pemuda itu turut menggelepar dan berakhir dengan mati. Itu adalah angkara sebab musabab, membunuh seekor ular jelmaan makhluk halus.

Syaitan juga boleh menyebabkan permusuhan dan pembunuhan dikalangan manusia, tetapi dengan perantaraan insan juga sebagaimana yang beraku dalam kisah anak Nabi Adam, Qabil membunuh Habil, berikutan daripada perselisihan mereka, syaitan menguasai Qabil dengan perantara permusuhan dan kemarahan yang membara lalu dia membunuh Habil.

Merujuk kepada kisah Nabi Yusuf a.s. yang diceritakan Allah dalam firman-Nya (mafhumnya): “…..Dan sesungguhnya Ia telah melimpahkan kebaikan kepadaku, ketika Ia mengeluarkan daku dari penjara dan Ia membawa kamu kemari dari desa sesudah syaitan (dengan hasutannya) merosakkan hubungan antara daku dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah lembut tadbir-Nya, bagi apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah Yusuf, ayat 100)

Ayat ini menceritakan kisah mengenai abang-abang Nabi Yusuf, dihasut syaitan supaya membenci adik kandung mereka (Yusuf) sehingga tergamak mereka mengambil keputusan mencampakkannya ke dalam perigi buta.

Dibiarkan dalam keadaan begitu sama ada Yusuf mati atau diambil oleb mana-mana orang yang boleh memisahkan Yusuf daripada mereka, tetapi akhirnya Allah mengembalikan mereka dalam suatu ikatan persaudaraan yang amat unik.

Ayat ini juga menyebut dengan jelas, bahawa syaitan dengan jelas telah merosakkan hubungan anak-anak Nabi Yaakub a.s.

Jelas bahawa sememangnya al-Quranul Karim memaparkan kisah bahawa syaitan (dengan izin Allah SWT) menjadi penyebab dan mencetuskan kesengsaraan kepada manusia, tetapi situasi ini tidak banyak berlaku dan tidak ramai yang berjaya dikenakan oleh mereka (syaltan).

Dalam ayat-ayat lain Allah juga memberitahu bahawa syaitan boleh mengenakan sihir kepada manusia sebagaimana disebut juga dalam ayat 102 , Surah al-Baqarah.

Syaitan juga boleh membawa kesengsaraan sehingga manusia tidak sedarkan diri, dipanggil dengan ‘al-massu syaitan’ sebagaimana yang dijelaskan Allah SWT pada ayat 275, Surah al-Baqarah.

Firman Allah (mathumnya): “Dan jika engkau dihasut oleh suatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh imbasan hasutan daripada syaitan, mereka (ingat kepada ajaran Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). (Surah al-A’raf, ayat 200~201)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa syaitan membawa kesakitan dan kesengsaraan kepada manusia. Oleh yang demikian, maka boleh kita mengambil kesimpulan bahawa berdasarkan kepada nas-nas syarak tadi, makhluk halus ini berupaya mengenakan pelbagai kesusahan dan kesengsaraan kepada manusia dengan izin Allah SWT.

Wallahu a’lam,

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Thursday, May 19, 2011

Rawatan Perdana Siri 3 pada 29 Mei 2011



Rawatan Islam kembali lagi. Rawatan Perdana Siri 3/2011 Di Masjid Al Muhsinin Kampung Sungai Kandis,Klang Lama/ Seksyen 36 Shah Alam.

Antara acara rawatan yang bakal di adakan ialah merawat sihir, saka, susuk, santau, gangguan jin, gangguan pelesit, saka harimau, saka ular, suami lari, lemah syahwat, sakit jantung, barah, stroke, maigrain dan apa jua jenis penyakit fizikal dengan ikhtiar bacaan al-quran, doa dan teknik sampingan perawat Islam Malaysia di seluruh tanah air.

Untuk yang baru pertama kali dengar tentang rawatan perdana, boleh rujuk blog ana yang lepas di http://klinik-muallij.blogspot.com/search/label/Rawatan%20Perdana

Untuk ke Masjid Al Muhsinin Kampung Sungai Kandis,Klang Lama/ Seksyen 36 Shah Alam melalui GPS, garmin, boleh set gps dengan data berikut:

3°1'57"N
101°29'17"E



Untuk yang berkenderaan, lokasi ini berhampiran dengan Kampung Padang Jawa. Tidak jauh dari Masjid ini juga terdapat sebuah stesen KTM Komuter Padang Jawa lebih kurang 2 km. Carilah kampung Sungai Kandis di Seksyen 36 Shah Alam, Selangor.



Klik peta untuk pembesaran gambar peta:



Alamat Masjid Al-Mukhsinin: Kampung Sungai Kandis, Seksyen 36, Shah Alam Selangor.


Insya Allah kita bertemu di sana. Antara perawat yang masyhur akan datang merawat anda ialah Ustaz Hasan, Ustaz Muhammad dan Ystaz Raffi.

Barang yang perlu di bawa ialah air zam zam/air bio aura/air mineral 1.5 liter atau lebih.
Insya Allah, air ada jual juga di hari program kelak bagi yang terlupa.

Untuk buat air penerang hati untuk anak-anak PMR, UPSR dan SPM juga ada dibuat.

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi:

Ustaz Hassan - 0173281956
Ustaz Muhammad al-mualij - 016-2206579
Ustaz Raffi - 017-3887071
Encik Mustaqim - 0136459087


http://klinik-muallij.blogspot.com/2011/05/rawatan-perdana-siri-3-pada-29-mei-2011.html

Friday, February 05, 2010

Ruqyah menggunakan Asmaul Husna..

Assalamualaikum..

Bagi yang tak biasa lagi meruqyah dengan ayat-ayat ruqyah syar'iyah [bukan ayat2 cinta tawww..] :) so cara lain yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan ayat2 Asmaul Husna.. Power ke idak tu nanti anda semua boleh la cuba sendiri di rumah..

xperiment malam tadi terhadap anak lelaki yang sorang tu, memang perasan dua tiga menjak nie perangai ada sket kelainan, garang dan agak keras hati.. So bila dia udah tido [lepas kena marah conteng dinding rumah..] walaupun contengannya idak la seberapa tapi biasalah kekadang tu amarah tu x leh nak control. Nak2 kalau time2 ada serangan tu kan, peeehhhhh kena istirgfar cepat2 la kalau perasan tu. Cool down satu port dan pagar la apa yang patut, nak menjurus guna Qursi ke, Fatihah ke terpulanglah yang mana ilham sampai dulu..

Bila dia dah tidur tu, aku pi kat dia dan dengarkan alunan Asmaul Husna guna phone N-series [bukan nak promote tapi soundnya mmg best] dengan kadar sederhana, kalau kuat sangat karang satu rumah terjaga.. Jangan cari pasal ehehehe.. First tu mmg agak terkejut juga coz daripada tidur nyenyak budak tu tetiba memusing2 badan seperti cacing kepanasan bila didengarkan nama2 Allah tersebut.. isk istirgfar aku bebanyak coz marah dia lebih2 tadi, bila off dia ok tapi bila di dengarkan dia memusing2 kepanasan balik.. Pastu cuba lak beberapa teknik scan dan try gak teknik 'bom' dan mmg ada memberi kesan +ve kepada anak aku tu walaupun mata terpejam tidur...

Amaran diberi dan try guna beberapa teknik penarikan gangguan dari tubuh, dan last sekali aku dudukkan dia di pangkuan dan aku azan kan.. sempat 6x je azan pastu dia menangis kesedihan sampai menitis airmata ke atas tangan aku dalam keadaan separuh sedar. Sayunye aku sampai tak dapat nak habiskan azan tu.. Pakcik sedih dekkk!!!! Aku baringkan dia, dan terus lena macam tak de apa2 berlaku..

Bagi yang kurang berkemahiran berkenaan teknik2 nie, anda boleh cuma menyuruh gangguan tersebut utk keluar dari badan melalui hujung2 kaki.. InsyaAllah gangguan yang tak tahan akan ayat2 ruqyah tersebut akan keluar.. Yang penting letakkan keyakinan kepada Allah. Dari Allah dia datang dan kepada Allah jua dia kembali.

Takpe aku tangguh kan dulu xperiment ni, malam nie try lagi. Kalau ada yang tinggal2 tu mmg nak kena korang... Kat bawah nie versi Asmaul Husna yang digunakan, korang boleh download dari youtube dan convert ke 3gp atau mp4 dan letakkan dalam phone.. senang bukan nak meruqyah..!!


Saturday, January 09, 2010

Rakaman Mp3 Majlis Iitima' Perawat AKRINE 2009

Kot ada sape2 yang pernah jadi anak didik AKRINE boleh la download mp3 MIPA yang di adakan pada bulan December 2009 yang lepas..

MIPA 2009

Wednesday, August 12, 2009

BAHAYA SIHIR

BAHAYA SIHIR

Dipetik dari DARUSSYIFA.ORG


SIHIR adalah antara penyakit yang sukar untuk dikesan. Namun terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti apakah penyakit yang dialami itu berpunca daripada sihir.
Tidak semua penyakit yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus berpunca daripada sihir kerana ada kalanya ia berpunca daripada gangguan 'tumpangan'.

Kenapa makhluk halus mengkhianati manusia serta apakah amalan untuk mengelakkan sihir?

Pertembungan kepentingan antara manusia dan makhluk halus, terutama penerokaan kawasan pembangunan oleh manusia, kerapkali menimbulkan konflik.
Pada zaman mutakhir terdapat banyak tempat terokaan baru manusia sama ada di hutan, di kaki-kaki bukit dan di sungai-sungai menimbulkan perkara-perkara ganjil, termasuk gangguan makhluk halus.

Biasanya selepas diterokai, berlakulah gangguan-gangguan yang ganjil ke atas manusia dan gangguan ini datangnya daripada makhluk halus yang bertindak balas kerana kepentingannya diganggu oleh manusia.

Gangguan makhluk halus itu ada kalanya mempengaruhi mental dan jiwa manusia hingga menyebabkan mereka hilang kewarasan.

Perkara ini tidak dapat dinafikan kerana dalam beberapa hal ia terbukti wujud hasil interaksi manusia dengan makhluk halus yang menimbulkan gangguan tersebut. Bagaimanapun terdapat juga penganiayaan makhluk halus ke atas manusia berlaku kerana sikap zalim manusia yang lain. Mereka menggunakan makhluk halus sebagai perantaraan sihir, sama seperti yang saya kategorikan sebagai nafath dulu. Nafath adalah lambang sihir.

Sihir dilakukan oleh manusia kepada manusia yang lain dengan perantaraan makhluk halus, biasanya bertujuan menimbulkan kesakitan, seksaan, mengganggu rumah tangga, menimbulkan rasa permusuhan. Ilmu sihir ini sengaja menggunakan makhluk halus untuk menganiaya dan merosakkan kehidupan manusia kerana didorong oleh perasaan zalim.

Terdapat juga gangguan yang terjadi kerana makhluk halus sememangnya sentiasa dengki, hasad dan ingin mengkhianati manusia. Makhluk halus yang paling jahat ialah Ifrit.

Untuk menentang gangguan ini manusia hendaklah sentiasa beramal dengan ayat Kursi. Para sahabat melalui sebuah hadis mengamalkan doa dengan mengangkat dua tangan dan membaca tiga Qul iaitu Al-Ikhlas, surah Al-Nas dan Al-Falaq sebanyak tiga kali dan ditiup ke tangan. Selepas itu sapu ke badan bermula di muka, kepala dan kemudian barulah tidur.

Untuk mengelakkan perkara-perkara yang buruk, menjelang senja pintu rumah hendaklah ditutup dan anak-anak kecil hendaklah berada di dalam rumah kerana waktu itu syaitan yang jahat suka mengganggu manusia.Sekiranya berjalan malam, apabila tiba di pintu rumah hendaklah ucapkan salam walaupun tidak ada orang kerana ahli rumah adalah kita sendiri.

Ada hadis yang meriwayatkan supaya membaca lima ayat awal surah Al-Baqarah diikuti dengan ayat 255, 256 dan 257 dan diakhiri dengan tiga ayat akhir surah yang sama. Bacaan ini dikenali dengan nama Khawatim Al-Baqarah.

Mengenalpasti sihir


PENYAKIT terbahagi kepada dua jenis iaitu rohani dan jasmani. Sakit jasmani biasanya dikenali dengan beberapa tanda yang jelas seperti luka, patah dan sakit kepala.

Sakit yang menyerang rohani pula seperti gangguan jiwa, runsing, hilang semangat dan malas beribadat.

Tetapi tidak dapat dinafikan ada beberapa penyakit rohani dan jasmani yang berpunca danpada gangguan syaitan.

Ada dua kaedah mengenalpasti penyakit yang berpunca daripada gangguan syaitan.

Pertama, biasanya sebelum sakit manusia akan mengalami mimpi yang menggerunkan atau ternampak benda-benda yang ganjil dan menakutkan contohnya mimpi berada ditempat yang tinggi atau melihat ular.

Kedua, penyakit mungkin terjadi kerana adanya faktor 'tumpangan' terhadap penyakit yang asalnya berpunca daripada sakit fizikal.

Biasanya setelah 'ditumpang' oleh, gangguan makhluk halus, penyakit fizikal tersebut menjadi bertambah teruk dan sukar untuk diubati.

Sakit fizikal itu sepatutnya sembuh dengan kaedah rawatan biasa tetapi kerana gangguan jahat makhluk halus yang 'menumpang' penyakit tersebut terus merebak dan tidak pulih walaupun diubati berkali-kali.

Sakit fizikal yang berpanjangan ini mungkin terjadi kerana adanya faktor 'tumpangan'.

Ilmu hitam yang diamalkan oleh manusia juga menjadi sebahagian daripada penyakit yang berpunca daripada gangguan jahat makhluk halus.

Contohnya seperti sakit kepala yang sepatutnya sembuh apabila diubati dengan cara biasa tetapi akibat gangguan itu, kesannya berpanjangan dan sukar disembuhkan. Apabila mengalami gangguan yang begini adalah tidak mustahil manusia terkena sihir.

Sihir amat berbahaya kerana serangan jahatnya mungkin bermula dengan sakit yang ringan tetapi boleh merebak dan menyebabkan berlakunya lumpuh. Sihir juga boleh menyebabkan penyakit yang dialami berubah-ubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain di anggota badan.

Malah, serangan sihir boleh berubah ubah dari seorang individu ke individu yang lain. Contoh penyakit mungkin pada mulanya terkena pada ibu tetapi kemudian berpindah kepada suami atau anak-anak.Bagaimanapun, kaedah rawatan Darul Syifa' tidak akan menekankan kepada mencari siapa yang melakukan sihir.Saya tidak menggalakkan berlakunya syak wasangka sesama orang Islam kerana itu berdosa.

Saya menasihatkan pengamal-pengamal perubatan Islam supaya tidak menimbulkan cara rawatan untuk mencari siapa yang melakukan sihir dengan menggunakan pendekatan 'isyarat' seperti 'orang itu agak tinggi, 'rambutnya kerinting' atau 'dia salah seorang saudara anda'.

Kaedah memberikan bayangan seperti itu untuk mencari orang yang disyaki melakukan sihir akan menimbulkan keadaan saling tuduh-menuduh dan mungkin membawa kepada fitnah.

Suasana ini akan memecah-belahkan masyarakat Islam dan akan menimbulkan kesan psikologi yang lebih dahsyat kepada pesakit bila ia menyimpan perasaan meneka-neka siapakah yang tergamak melakukan sihir ke atas dirinya.

Tentu amat mengecewakan bagi seseorang sekiranya dia menyedari dirinya tersihir dan kemudian melalui gambaran pengamal perubatan. orang yang disyaki adalah saudara-maranya sendiri.

Saya menekankan kepada cara merawat dan melupakan sama sekali usaha-usaha untuk mencari siapakah yang melakukan sihir.

Yang penting kita ingin menyembuhkan penyakit dan bukan mencari siapa yang melakukan sihir. Tersalah tuduh menyebabkan dosa fitnah yang berpanjangan..

Oleh Dato Ustaz Haron Din

Monday, August 10, 2009

Kursus Rawatan Islam Maqari Syifa' Qurani

AKADEMI MAQARI' SYIFA' QURANI

Latihan Rawatan Islam 15-16 Ogos 2009


1- Latihan Rawatan Islam Modul 1.

A. Objektif

1. Mengetahui tentang jin , syaitan, Qarin.dan mengetahui jenis-jenis sakit (gangguan, sihir dan rasukan)..
2. Mempelajari peringkat-peringkat rawatan. (sebelum rawatan, semasa dan sesudah).
3. Mempelajari dan mentalaqi ayat-ayat ruqyah qurani dan cara - cara membakar jin.


B. Kandungan Latihan

1. Alam Jin, alam syaitan, Qarin dan bagimana syaitan menguasai manusia.
2. Jenis penyakit dan rawatan.
3. Merawat: sifat-sifat perawat dan cara merawat.
4. Ayat-ayat Ruqyah, ayat menghadhirkan, ayat mengazab.
5. Cara-cara membakar jin dan cara mengunci jin.

2- Latihan Rawatan Islam modul 2.

A. Objektif

1. Mengetahui tentang sihir dan rawatannya..
2. Mempelajari ayat-ayat dan surah syifa’...
3. Mengetahui mengeluarkan jin dari rumah.
4. Mempelajari Ayat Ruqyah dan zikir pelindung..

B. Kandungan Latihan.

1. Sihir, cara mendinding diri dari sihir ,jenis-jenis sihir dan ayat-ayat Syifa’. .
2. Cara-cara pelbagai untuk merungkai dan membatalkan semua kerja-kerja sihir.
3. Bagaimana mengeluarkan jin dari rumah.
4. Mengamalkan pembelajaran secara peraktikal atau secara visual berdasarkan keadaan.

3. Tarikh / Masa

15 Ogos 2009 (9.30 pg -5,00 ptg) untuk Modul Satu.
16 Ogos 2009. (9.30 pg - 5.00 ptg) untuk Modul Dua.

Masa Daftar : 9.00 pg - 9.30 pg


4. Tempat :

Akademi Maqari Syifa’ Qurani,
Pangsapuri Bistari, persiaran kemajuan,
Seksyen 16, 40000 Shah Alam.
Selangor D.E.



5. Penceramah:

Kursus disampaikan sepenuhnya oleh Syeikhul Maqari hj. Othman b. Hamzah.


6- Yuran Latihan.

RM 75.00 untuk peserta mengikuti sesi satu atau sesi dua sahaja.
RM 150.00 bagi peserta yang mengikuti kedua-dua sesi.



7- Pendaftaran

Sila hubungi:

  1. Hajjah Khainarida bt. Manan. Tel: 012-666 9362.
  2. Us. Hj. Mohd Taufik b. Pangilun al Muqri’. Tel: 016- 275 8996.
  3. Us. Hairuddin b. Mohd. Diah al Muqri’. Tel: 012- 268 1380.
  4. Ust. Asma’ bt. Othman. Tel: 016- 253 9519.
  5. Ust. Aishah bt. Othman. Tel: 012- 914 9403

sebelum 31 Julai dan penyertaan adalah terhad.

1- Bagi yang menyempurnakan kedua-dua modul akan dianugerahkan sijil penyertaan kursus dan ijazah khas Mu’alij.
2. Bagi yang hadir satu modul sahaja dikurniakan sijil penyertaan .
3 Kertas kerja dan makan tengahari disediakan.

lanjutan http://syeikhulmaqari.blogspot.com/



Biodata Syeikhul Maqari Hj Othman Hamzah


Beliau dilahirkan pada 30 Disember 1965 di Hulu Yam Bharu, Selangor Darul Ehsan.

Pendidikan beliau:
1972-1979 S.R.K. Kampung Kuantan dan S.R.A Hulu Rening.
1979-1982 Sekolah Menengah Agama Rendah Batang Kali.
1983-1984 Sekolah Agama Menengah Tinggi (S.A.M.T) Hishamuddin Klang.
1985-1987 Institut Tahfiz Al-Quran,Pusat Islam Kuala Lumpur.
1987 Mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir.
1991 Memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Takhassus) bidang Al-Quran Wal Qiraat di Universiti Al-Azhar, Shubra, Mesir.
1994-1995 Diploma Pendidikan U.I.A .
1995 Diploma Kaunseling dan Undang-Undang Perbandingan.
1999 Mengikuti kursus imam mewakili Malaysia di Mesir.
2002 Mengikuti kursus Fatwa mewakili Selangor di Darul Ifta’, Mesir.
2004 Memperolehi Ijazah Sarjana Muda bidang Syariah di Universiti Al-Azhar, Damanhoor, Mesir.
2007 Melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang Feqh dan Usul, di Universiti Mu’tah Jordan.

Jawatan-Jawatan Yang Pernah Disandang.
1991 Pensyarah Maahad Tahfiz Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
1991-1993 Imam Rawatib di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( Masjid Negeri Selangor).
1994-1998 Guru Sekolah Menengah Agama Rawang (SAMER) merangkap Imam Masjid Daerah Gombak.
1998 Pensyarah Maahad Tahfiz Negeri Selangor (Banat) di Bukit Naga Klang merangkap Imam Masjid Sultan Sulaiman, Klang dan Imam Masjid Negeri Selangor.
1999- 2007 memegang jawatan Imam Besar diMesjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor).

Penglibatan dalam Kerja-Kerja Sosial.
Panel Lujnah Penyemakan Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Ahli Jawatankuasa Penapisan bahan bercetak berunsur Islam (tafsir), JAKIM.
Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor.
Ahli Jawatankuasa Pedngesahan Halal Negeri Selangor.
Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah Negeri Selangor.
Ahli Jawatankuasa Panel Khutbah Negeri Selangor.
Hakim Tilawah dan Tahfiz Al-Quran peringkat Negeri Selangor.

Dianugerahkan gelaran Syeikhul Maqari’ pada tahun 1992.
Pengamal perubatan Islam, klinik Syifa’ di Mesjid Negeri sehingga 2007.

Dianugerahkan Pingat Ahli Mahkota Selangor (A.M.S) pada tahun 2004.
Penulis Khutbah Negeri Selangor. Beliau sering membentangkan kertas kerja di seminar-seminar di pelbagai Jabatan Kerajaan,Universiti dan Masjid.
Ahli Panel dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (RTM), dan rancangan Al-Kuliyyah TV3.
Suara beliau berkumandang di Radio Selangor F.M dalam rancangan Suara Mimbar dan Radio Intitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Menyampaikan ceramah di sekitar Negeri Selangor, Perak, Pahang, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Kedah, Sabah dan Sarawak.
Turut diundang menyampaikan ceramah motivasi.

Original Post : http://berjalandanmelihat.blogspot.com

limau : saja war2kan kat sini kot2 ada yang berminat..InsyaAllah me and my wife akan ikuti sekali kot.. Walaupun jauh InsyaAllah niat menimba ilmu akan sampaikan kami ke sana..

SELAWAT TAFRIJIAH atau SELAWAT KAMILAH


1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang 5 waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.

4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.

P/s : Tak tahu la samada betul ke idak fadhilat2 tu, tapi yang penting tu ada ilmu sket amal.. Ada ilmu melambak tapi tak diamalkan pun tak guna juga.. Lagipun kan Allah akan hisab kita ke atas amalan kita.. Ye idak??!!!!


Thursday, August 06, 2009

Ayat-ayat Ruqyah

1.Surah Al-Fatihah ( ayat 1-7 )
2.Surah Al-Baqarah ( ayat 1-5 )
3.Surah Al-Baqarah ( ayat 102 ) di ulangi sebanyak 7 kali.
4.Surah Al-Baqarah ( ayat 163-164 )
5.Surah Al-Baqarah ( ayat 255 )
6.Surah Al-Baqarah ( ayat 285-286 )
7.Surah Al-'Imran ( ayat 18-19 )
8.Surah Al-A'raf ( ayat 54-56 )
9.Surah Al-A'raf ( ayat 117-122 ) di ulangi sebanyak 7 kali.
10.Surah Al-A'raf ( ayat 120 ) di ulangi sebanyak 30 kali secara bersendirian
11.Surah Yunus ( ayat 81-82 ) di ulangi sebanyak 7 kali
12.Kemudian baca ayat ini:-
إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ
Sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidakbenarannya

13. Surah Thaha ( ayat 69 ) di ulangi sebanyak 7 kali
14. Surah Al-Mukminin ( ayat 115-118 )
15. Surah As-Shaffat ( ayat 1-10 )
16. Surah Al-Ahqaf ( ayat 29-32 )
17. Kemudian baca ayat ini sebanyak 7 kali:-
يَا قَوْمَنَا أَجِيبُوا دَاعِيَ اللَّهِ
18. Surah Ar-Rahman ( ayat 33-36 )
19. Surah Al-Hasyr ( ayat 21-24 )
20. Surah Al-Jin ( ayat 1-9 )
21. Surah A1-Ikhlas ( ayat 1-4 )
22. Surah Al-Falaq ( ayat 1-5 ) di ulangi sebanyak 9 kali
23. Surah An-Nas ( ayat 1-6 )
Related Posts with Thumbnails