Seramai 15 juta orang meninggalkan secawan teh sehingga sejuk hari ini, sementara kira-kira jumlah penduduk dunia yang sama akan terlupa di mana mereka meletakkan kunci kereta atau rumah.
Manakala 12 juta lagi pergi ke kedai dan betul-betul lupa apa yang perlu dibeli. Jumlah manusia yang sama juga akan lupa mengenai pakaian basah dalam mesin basuh, menurut kajian yang dijalankan oleh National-Lottery.co.uk.
Nombor PIN, kata laluan dan kerja rumah seperti mengeluarkan makanan sejuk daripada peti ais malam sebelumnya dan mengecas telefon bimbit juga merupakan antara yang tersenarai dalam kajian itu.
Kajian sama juga mendapati lelaki lebih berkemungkinan lupa mengenai sesuatu berbanding wanita - walaupun kaum hawa secara amnya mempunyai lebih banyak perkara yang perlu diingati.
Jurucakap National Lottery berkata, orang British lebih sibuk kini dengan pekerjaan dan kehidupan peribadi, jadi kita mempunyai terlalu banyak untuk disimpan dalam minda yang terlalu berserabut.
"Gaya hidup moden yang sibuk, peningkatan bebanan kerja dan tekanan turut memainkan peranan. Namun teknologi moden seperti komputer, telefon membantu kita mengingati perkara penting setiap hari," katanya.
Kajian juga menunjukkan, ramai orang sering terlupa temujanji penting, nama kawan lama, anak sendiri, tarikh ulang tahun sendiri dan pasangan serta ulang tahun perkahwinan.
ANTARA YANG PALING DILUPA
- Membiarkan secawan teh sehingga sejuk
- Di mana anda letakkan kunci
- Untuk apa anda ke kedai
- Pakaian basah di dalam mesin basuh
- Mengecas telefon bimbit / iPod
- Di mana anda letakkan kenderaan
- Menyiram pokok bunga
- Umur sendiri
- Membeli susu
- Mengunci kereta
- Di mana anda letakkan dompet
p/s : sedang yang depan mana selalu pun manusia mudah/selalu lupa.. nie kan pula perkara2 yang tak nampak seperti syurga, neraka atau titian sirat... lagi la ekkkk..!!!!!
beta testing
ReplyDelete